CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 25 April 2010

Pantai Tanjung Aru


Terletak di penghujung Jalan Tungku Abdul Rahman dan kira-kira 6 kilo meter dari Bandaraya Kota Kinabalu, tempat ini amat dekat di hati penduduk tempatan, dan dengan hanya satu kali kunjungan sahaja anda akan mendapat tahu jawapannya. Mendapat namanya daripada pohon casuarina atau aru yang menghiasi pantai yang memutih, di sinilah tempat di mana seseorang itu akan menempatkan dirinya di keliling gelanggang untuk menyaksikan lembayung suria perlahan-lahan melabuhkan tirainya di kaki langit dan meninggalkan langit petang yang kemerah-merahan.

Gerai makanan yang menyediakan makanan dan minuman tempatan dibuka sehingga larut malam. Nikmatilah jus kelapa dan tebu, sate ayam atau daging, kacang dan jagung stim, atau menjamu selera di restoran makanan laut yang terletak di situ.

Pantai Tanjung Aru juga menjadi rumah bagi Shangri-la’s Tanjung Aru Resort, Kinabalu Golf Club dan Kinabalu Yacht Club.

PULAU MATAKING

Dengan pasir yang memutih, laut yang membiru dan tempat peranginan kelas teratas, Pulau Mataking merupakan syurga bagi kedua-duanya sama ada penggemar aktiviti selam ataupun bukan. Penyelam dapat menerokai Taman Belut, Taman Batu Karang, Taman Nudibrankia, Taman Permainan Penyu, Sarang Udang Kara dan Medan Hump Head. Aktiviti bukan penyelam antaranya ialah pengalaman memanjakan diri di Spa Jamu, melukis batik, berkayak, berkanu dan mengesan jejak hutan. Aktiviti yang mesti anda lakukan apabila berada di sini ialah bersiar-siar ke Pulau Mataking Kecil yang hanya mengambil masa 20 minit perjalanan daripada pulau induk.
Masa yang terbaik untuk berbuat demikian ialah pada waktu pagi iaitu ketika ombak surut. Hal ini mengizinkan anda berjalan di atas hamparan pasir yang membawa anda terus ke pulau yang lebih kecil. Dengan lautan yang mengelilingi di sebelah-menyebelah anda, anda seolah-olah berjalan di atas air!
Apabila anda kembali semula ke pulau induk, cubalah mendaki menara pemerhatian yang diperbuat daripada kayu untuk mendapatkan pemandangan Mataking dan persekitarannya yang cukup menakjubkan. Dapatkan imbasan ‘Pejabat Pos Dalam Air’ yang amat popular di Mataking, pejabat pos yang pertama seumpamaya di Malaysia. Pada bulan Mac 2006, pihak persantaian telah menenggelamkan Mataking 1 iaitu kapal kargo kayu yang berukuran 40 kaki untuk menimbulkan kesan batu karang buatan dan pada masa yang sama berfungsi sebagai kotak pos dalam laut yang unik. Para penyelam memasukkan mel masing-masing di dalam beg vakum yang kalis air dan mengeposnya di dalam air.

PULAU LANKAYAN

Lankayan, pulau yang berbentuk permata ini terletak di bahagian timur laut Sabah, merupakan sebahagian daripada Kawasan Pemuliharaan Marin Pulau Sugud atau Sugud Islands Marine Conservation Area (SIMCA). Pulau ini dikelilingi oleh air laut yang biru kehijauan dan terumbu karang, sesuai dengan fungsinya sebagai salah satu daripada tempat penyelaman yang terkenal di Sabah. Selain tempat penyelaman yang menarik, pulau ini juga memiliki hutan di bahagian dalamannya dan hal ini turut menarik pelancong yang datang bukan untuk aktiviti penyelaman semata-mata.
Sebanyak empat belas tempat selaman terdapat di sini termasuklah Lankayan Wreck. Kesemuanya hanya beberapa minit sahaja untuk ke sana dan menawarkan sajian kehidupan marin yang mengagumkan bermula daripada kerapu raksasa sehinggalah kepada belut kecil. Yu paus yang banyak juga boleh ditemui di sini sekitar bulan Mac dan Mei, dan pulau ini juga menjadi tempat bertelur bagi penyu hijau dan penyu sisik. Anda boleh menyaksikan sendiri bagaimana anak-anak penyu ini dilepaskan ke laut.

PULAU PENYU

Pulau Taman Penyu / Turtle Island Park (diwartakan 1977) terletak 40 km di utara Sandakan di Laut Sulu dan mengandungi Selingan, Bakungan Kecil dan Pulau-pulau Gulisan. Taman ini merupakan syurga bagi spesies terancam penyu hijau dan penyu sisik dan memberikan anda peluang yang sukar ditemui yakni menyaksikan pendaratan penyu. Selingan, pulau yang terbesar di sini menempatkan ibu pejabat taman, tempat penetasan penyu, penginapan pelancong dan kemudahan-kemudahan asas. Dua lagi pulau yang lain menumpukan pada aktiviti-aktiviti pemuliharaan.
Pendaratan penyu lazimnya berlaku selepas senja, dan perancangan yang terbaik sekiranya anda menginap di sini semalaman untuk melihat penyu mendarat di pantai untuk bertelur. Anda ditegah daripada menyuluh dan mengambil gambar menggunakan kamera yang memancarkan cahaya kerana akan memberi tekanan kepada haiwan tersebut.
Penyu bertelur sepanjang tahun, akan tetapi masa yang paling tepat untuk ke sana ialah antara bulan Julai dan Oktober apabila laut telah tenang. Saksikan sendiri proses pengumpulan telur, penandaan ibu penyu dan pelepasan anak-anak penyu ke laut.

PEMANDANGAN















Pemandangan dari atas menampakkan keindahan pulau semporna yang di pelihara dengan baik.Tidak hairan lah jika pulau ini dapat menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

PASAR




















Terdapat banyak ikan di pulau semporna.Para pelancong dapat merasai keenakan ikan segar di sini.Pelancong juga boleh pergi memancing di sini.

KRAF TANGAN
















Terletak di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, Pasar Kraf tangan ini merupakan tempat yang dituju oleh masyarakat tempatan dan pelancong asing. Lambakan cenderamata menanti anda dan sememangnya ada sesuatu untuk setiap orang.
Mulakan dengan barangan kemasan diri dan cenderamata kecil murah seperti rantai kunci, gelang dan rantai manik, dan penanda buku yang boleh dijadikan hadiah buat rakan-rakan dan handai taulan. Anda akan rambang mata untuk memilih pelbagai sarung dan pareo yang cantik sebagai kenangan percutian anda di Sabah. Pastikan anda sempat memilih kerdipan perhiasan diri daripada mutiara dan kraf tangan. Anda boleh membeli butiran mutiara atau kerongsang yang memukau, rantai dan subang, yang tersedia di hampir kesemua gerai di pasar yang terbentang ini.
Kepada anda yang memang mengimpikan barangan perhiasan berukiran kayu, anda telah sampai ke tempat yang bertepatan. Pasar ini memiliki pelbagai pilihan ukiran kraf, termasuklah topeng kayu eksotik, bingkai gambar dan panel dinding yang memukau. Tidak ketinggalan juga pilihan bakul rotan yang pelbagai bentuk dan saiz.
Perkara yang paling menyeronokkan tentang Pasar Kraf tangan ini ialah anda tidak akan tahu apakah bentuk harta karun yang bakal anda temui semasa lawatan anda ke sini. Ada yang telah kembali ke tempat asal dengan membawa sompoton ( instrumen muzik tradisional ), sumpitan pemburu kepala kaum Murut, beg tangan berbentuk kelapa dan sang katak kayu yang boleh menyanyi setiap kali anda mengusap belakangnya dengan batang kayu.
Tip menarik ketika melawat ke sini ialah berusahalah untuk tawar menawar. Kutiplah sedikit sebanyak ungkapan tempatan untuk memperbaiki kemahiran tawar menawar anda dan anda akan pulang dengan barangan yang cukup murah di tangan anda.

RUMAH TUMPANGAN
















Selain hotel pelancong boleh menginap di rumah tumpangan buatan penduduk tempatan.Pelancong boleh melihat terumbu karang dengan jelas didasar laut yang catek dan boleh menikmati secawan teh dengan menghirup udara yang segar.

Khamis, 22 April 2010

KEINDAHAN WAKTU MALAM















Pada malamnya pelancong boleh menikmati hidangan makanan laut "seafood" di restoran yang disediakan pada harga yang berpatutan.Selain menikmati selera pelancong boleh menikmati pemandangan pada waktu malam di sekitar restoran lautnya yang bercahaya apabila terkena sinaran bulan ia cukup indah..


KEINDAHAN DASAR LAUT

















Selain melihat terumbu karang pelancong boleh aktiviti skuba melihat keindahan didasar laut banyak spesis-spesis ikan yang jarang kita lihat seperti ikan yang terancam kian pupus,berada di pulau tersebut untuk membiak.

KEINDAHAN PEMANDANGAN















Keindahan panorama di Pulau Semporna tidak terlepas permandangan dihati pelancong keindahan permai pasir yang putih,pokok yang menghijau menenangkan mata serta airnya yang biru dapat memikat hati pelancong yang datang ke pulau tersebut memang tidak rugi bercuti di Pulau Semporna.

TERUMBU KARANG DI PULAU SEMPORNA















Pelancong boleh melihat terumbu karang dari permukaan kerana airnya jernih dan tenang jadi pelancong boleh membuat aktiviti seperti menyelam untuk melihat terumbu karang lebih jelas atau membuat kempen "selamatkan terumbu karang" yang semakin terancam disebabkan oleh sesetengah orang yang mencemarkan air laut.

MASJID DI PULAU SEMPORNA


















Penduduk Pulau Semporna majoritinya beragama islam bagi pelancong yang beragama islam boleh memunaikan solat di masjid berdekatan jadi yang beragama islam tidak susah hati hendak memunaikan solat di pulau tersebut kerana sudah disediakan tempat beridadat.

SEBELUM MATAHARI TERBIT
















Sebelum matahari terbit "waktu subuh" tidak kurangnya dengan matahari terbenam kerana ia adalah satu permulaan hari yang indah. Pelancong boleh menghirup udara yang segar pada waktu pagi dan boleh bersenam di kawasan persekitaran dapat tenangkan jiwa ketika stress.

WAKTU SENJA DI PULAU SEMPORNA















Waktu senja di Pulau Semporna amat memukau pandangan kerana matahari terbenam di celah-celah awan yang biru dan nampak ruangan cahayanya yang cantik dapat menarik perhatian pelancong.

HOTEL















Tempat penginapan disediakan untuk pelancong luar dan dalam negeri,bertaraf 3 bintang tempat hotel yang strategik dapat melihat pemandangan waktu senja dan pagi kos penginapan sangat berpatutan.

JETI UTAMA PULAU SEMPORNA
















Selepas menuruni bot,pelancong melalui jeti untuk masuk ke pulau tersebut dan disambut oleh penduduk tersebut.Pelancong boleh berehat di hotel yang disediakan di pulau tersebut.

LALUAN KE PULAU SEMPORNA





















Pulau Semporna mempunyai jalan udara dan laut bagi pelancong luar negara lebih suka menggunakan laluan laut kerana dapat melihat keindahan lautan di Pulau Semporna dan pulau-pulau yang lain.Perkhidmatan bot disediakan untuk pelancong-pelancong yang mahu ke pulau tersebut.

PULAU SEMPORNA





















Pulau Semporna terletak berhampiran dengan pelbagai pulau seperti Pulau Mataking,Pulau Mabul,Pulau Kapalai,Pulau Sipadan dan pulau-pulau kecil yang berada di laut Sulu (Celebes Sea).

PETA SABAH

















Di Malaysia terdapat pelbagai pusat tarikan pelancongan yang menarik seperti pantai,pulau, dan sebagainya.Setiap negeri di Malaysia terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan yang berlainan contohnya Sabah mempunyai banyak pulau dan taman negara yang cantik seperti Pulau Semporna.Sesetengah masyarakat tidak tahu
terletaknya Pulau Semporna kerana ia berhampiran dengan Tawau Sabah..