Terletak di penghujung Jalan Tungku Abdul Rahman dan kira-kira 6 kilo meter dari Bandaraya Kota Kinabalu, tempat ini amat dekat di hati penduduk tempatan, dan dengan hanya satu kali kunjungan sahaja anda akan mendapat tahu jawapannya. Mendapat namanya daripada pohon casuarina atau aru yang menghiasi pantai yang memutih, di sinilah tempat di mana seseorang itu akan menempatkan dirinya di keliling gelanggang untuk menyaksikan lembayung suria perlahan-lahan melabuhkan tirainya di kaki langit dan meninggalkan langit petang yang kemerah-merahan.
Gerai makanan yang menyediakan makanan dan minuman tempatan dibuka sehingga larut malam. Nikmatilah jus kelapa dan tebu, sate ayam atau daging, kacang dan jagung stim, atau menjamu selera di restoran makanan laut yang terletak di situ.
Pantai Tanjung Aru juga menjadi rumah bagi Shangri-la’s Tanjung Aru Resort, Kinabalu Golf Club dan Kinabalu Yacht Club.